Monday 26 September 2011

Regional Innovation Policy for Small-Medium Enterprises

Published by : Edward Elgar Publishing, Inc
Year : 2003
Edited by: Bjorn Asheim ... [et al.]
ISBN : 1 84376 398 2

This book provides an extensive evaluation of the numerous policy instruments used by regional governments in Europe to promote innovation activity in small and medium enterprises (SMEs). The instruments are compared and benchmarked in order to identify 'good practice', in an effort to bridge the gap between the theory of regional innovation and real-world policy implementation.

Teknik Mudah Yang Amat Berkesan Untuk Menundukkan Anak & Isteri

Aha! Teknik ini sebenarnya telah diajar oleh Nabi Muhammad S.A.W. Caranya adalah dengan selalu mengusap kepala dan rambut anak sambil menunjukkan kasih sayang dan belas ihsan kepada anak. Anak yang degil "hard-core" pun akan lembut hatinya dan akan selalu mendengar kata serta taat kepada anda. Insya Allah. Selamat mengusap kepala dan rambut anak anda.

PS: Jangan lupa usap dan belai rambut isteri-isteri anda di rumah. :) Selamat beramal!

7 Mindset Seorang Ayahanda Yang Berkesan

Seperti yang kita semua maklum, mindset atau pola pemikiran seseorang amat penting kerana ia merupakan salah satu faktor yang menentukan cara hidup dan tindaklaku seseorang individu.

Mindset yang berkesan bagi seseorang yang bergelar ayah adalah seperti berikut:-
1. Berani
2. Tabah
3. Cekal
4. Berpandangan jauh
5. Tidak mudah berputus-asa
6. Berilmu
7. Berfikiran positif

Tuesday 20 September 2011

Mencari Aktiviti-aktiviti Yang Di Redhai Allah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Setiap hari pasti berlalu. 24 jam untuk setiap orang. Tak kira muda atau tua. Tak kira kaya ataupun miskin papa kedana. Allah memang adil dan saksama. Apa yang kita lakukan setiap hari itulah yang akan menentukan nasib kita di akhirat kelak.

Dalam usaha untuk mencari satu perjalanan hidup yang sentiasa diredhai Allah, saya terpanggil untuk mencatat perjalanan sepanjang hari ini supaya dapat mengulang atau mengelak aktiviti-aktiviti demi mencapai dan mendapat satu perjalanan yang diredhai Allah.

Tujuan log hari ini adalah untuk mendapatkan satu roadmap atau blueprint yang boleh digunapakai oleh saya sendiri ataupun boleh ditiru dan dibaiktambah oleh anda sendiri. Insya Allah.


Bangun pagi pada pukul 5. Itupun setelah 2 kali gagal untuk bangun pada pukul 3:30 pagi dan 4 pagi apabila alarm di iPhone kuat berbunyi. Ingatkan nak tahajjud 12 rakaat. Gagal nampaknya. Aduh!! Badan dan mood untuk beribadat tidak sekuat hasutan Syaitan. Astaghfirullahil a'zim. Bangun terus solat Isya', solat sunat fajar dan tasbih (cara malaikat) 100 kali. Pukul 6 pagi bergegas ke surau untuk solat Subuh sacara berjemaah. [Boleh improve lagi kan?]

6:30 - 7:00 pagi
Balik ke rumah, buka Astro Oasis (saluran 106) dan mengikuti rancangan Bicara Kifayah bersama Datuk Abu Hassan Din Al Hafiz

7-8 pagi
Menonton rancangan Tanyalah Ustaz di TV9 (saluran 119) bersama Ustaz Hanafi Abdul Malek. Tajuk ceramah pada hari ini adalah Anak Degil (bahagian 1). Surah yang dibacakan di dalam rancangan ini adalah surah Alam Nasyrah. Surah ini boleh digunakan untuk melembutkan hati seseorang. Zikir yang dikongsikan oleh Ustaz Hanafi untuk merawat anak yang degil adalah dengan menggunakan Asma Allah iaitu "Ya Shahid" yang di baca sebanyak 317 kali selepas solat Subuh atau Isya'. Selain daripada itu, Ustaz juga mengajarkan untuk mengusap kepala anak ketika anak tidur dan di zikirkan Ya Shahid sebanyak 10 kali. Insya Allah. Di akhir rancangan, Ustaz ada berdoa dengan menggunakan ayat pelembut hati "seperti lembutnya besi bagi Nabi Daud..."

8-8:30 pagi
Menonton rancangan Muqaddimah di TV9 bersama Dato' Dr. Ustaz Haji Zahazan Mohamed. Topik pada hari ini adalah "Zikir Penawar Duka". Ustaz ada menyentuh tentang kitab karangan Imam Nawawi iaitu Al Azkar (Insya Allah saya akan beli kitab ini dan akan buat review di blog ini). Skop Zikrullah bukanlah hanya terbatas dengan perbuatan mengucapkan tasbih, takbir ataupun tahmid kepada Allah sahaja. Menurut Ustaz Dr. Haji Zahazan, Zikrullah juga termasuk 5 perkara-perkara berikut:-
  1. Memulai sesuatu pekerjaan dengan niat yang betul dan ikhlas kerana Allah;
  2. Membuat sesuatu pekerjaan dengan sehabis baik dan bersungguh-sungguh;
  3. Sering berdamping dengan majlis ilmu (PS: Mudah-mudahan dengan membaca blog ini juga termasuk di dalam kategori mendampingi majlis ilmu.)
  4. Sering mencari dan mendapatkan ilmu daripada ahli-ahli ilmu dan alim ulama (seperti duduk mendengar ceramah, melawat laman web atau Fan Page para alim ulama dan para ilmuan).
  5. Menziarahi dan melawat para alim ulama dan sentiasa bersama mereka. Dengan asbab bersama mereka, Insya Allah kita boleh mendapat rahmat daripada Allah.
Wah! Banyak betul cara untuk Zikrullah sebenarnya. Masya Allah.

Sebelum akhir rancangan, Dato' Dr. Haji Zahazan sempat mengijazahkan satu zikir yang amat hebat berdasarkan satu hadis Nabi Muhammad S.A.W. Terima kasih, Ustaz!

Jangan lupa melawat laman web Telaga Biru 
Email Dato' Dr. Ustaz Haji Zahazan adalah ( zahazan@telagabiru.net.my )



10-11 pagi
Mendengar rancangan "Islam Itu Indah" di IKIMfm (91.5 FM) bersama Prof. Dr. Muhaya. Topik hari ini adalah Pengurusan Suara Dalam (Inner Voice Management). Cukup menarik dan hebat penjelasan daripada Prof. Dr. Muhaya tentang topik bagaimana dan cara yang betul untuk bercakap dengan diri sendiri secara minda di bawah sedar (subconscious mind). Apa yang kita ucapkan kepada diri kita sendiri akan menentukan halatuju dan keputusan hidup kita. Kita tak perlu fikir "Apa orang akan cakap....", lebih baik tumpu sepenuh perhatian untuk buat sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Insya Allah berjaya. Prof. juga ada menyarankan untuk menulis 10 tujuan hidup atau goal di atas sekeping kertas dan laminate kertas tersebut. Ulang baca kertas tersebut berulang-ulang kali setiap hari. (PS: Alhamdulillah, saya telahpun mengamalkan teknik "Promise Card" ini seperti yang dianjurkan oleh Billionaire Bill Bartman dan juga diajarkan oleh Napolean Hill penulis buku Think & Grow Rich). Selain daripada itu, Prof. Dr. Muhaya juga menyarankan agar kita lebih banyak tumpukan perhatian kepada persoalan "Bagaimana untuk (how to)" daripada soalan "Kenapa".Website peribadi Prof. Dr Muhaya adalah ( http://drmuhaya.com/ ).

==================================================================

Ok, saya nak stop dulu nak solat Zohor. Insya Allah.

Ayahanda & Google Affiliate Network

Alhamdulillah! Kini Ayahanda maju selangkah lagi dengan menambah satu lagi punca pendapatan online sacara pasif (online passive income) menerusi Google Affiliate Network.
Nantikan tutorial daripada Ayahanda bagaimana menjana pendapatan tambahan online daripada Google Affiliate Network. Yeah!

Ulasan Buku : Rahsia Perkenan Doa - Ismullah "Al-A'DZAM" Mencari Nama Allah Yang Paling Agung

Buku ini kecil-kecil cili padi. Walaupun nipis (hanya 98 muka surat), namun isi kandungannya cukup hebat dan padat. Buku ini telah disusun dengan begitu kemas oleh Doktor Ruhani. Buku ini menyentuh tentang Nama Allah Yang Paling Agung (Ismullah Al-A'dzam). Dengan mempelajari dan menguasai ilmu nama Allah Yang Paling Agung ini, setiap mukmin dapat mencapai apa sahaja hajat dengan sekelip mata (Insya Allah).

Sebenarnya, Ismullah Al-A'dzam (IA) dicari-cari oleh manusia sejak mereka diciptakan oleh Allah sehingga ke akhir zaman. IA merupakan milik dan rahsia peribadi para Rasul dan Nabi, orang Siddiq dan para wali Allah di mana mereka telahpun memperolehi IA ini. Masya Allah.

Buku ini diterbitkan oleh Pustaka Ilmi dan dijual dengan harga RM7.90 sahaja.

Ulasan Buku : Sirrur Asrar

Kitab Sirrul Asrar ini telah ditulis oleh As-Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani dan telah diterjemahkan dengan begitu teliti dan berhati-hati oleh K.H. Zezen Zaenal Abidin Zayadi Bazul Asyhab. Kitab ini mempunyai 24 fasal (bab) yang bermula daripada hakikat awal penciptaan makhluk hinggalah ke fasal Tasauf.

Buku ini amat sesuai untuk dibaca oleh golongan yang ingin mendekati Allah.

Senarai kandungan kitab ini adalah:-
  1. Muqaddimah (Awal Penciptaan Makhluk)
  2. Fasal 1 - Kembalinya Manusia Ke Tempat Asal
  3. Fasal 2 - Turun Manusia Ke Alam Yang Paling Bawah
  4. Fasal 3 - Tempat-tempat Ruh Di Dalam Jasad
  5. Fasal 4 - Ilmu
  6. Fasal 5 - Taubat Dan Talqin
  7. Fasal 6 - Ilmu Tasauf
  8. Fasal 7 - Zikir
  9. Fasal 8 - Syarat-syarat Zikir
  10. Fasal 9 - Melihat Kepada Allah (dengan basyirah batin)
  11. Fasal 10 - Cahaya dan Kegelapan Sebagai Penghalang
  12. Fasal 11 - Bahagia Dan Celaka
  13. Fasal 12 - Fakir Dalam Tasauf
  14. Fasal 13 - Bersuci Syariat Dan Bersuci Tarikat
  15. Fasal 14 - Solat Syariat Dan Solat Tarikat
  16. Fasal 15 - Bersuci Ma'rifat Di Alam Tajrid
  17. Fasal 16 - Zakat Syariat Dan Zakat Tarikat
  18. Fasal 17 - Saum Syariat Dan Saum Tarikat
  19. Fasal 18 - Haji Syariat Dan Haji Tarikat
  20. Fasal 19 - Getaran Hati Dan Bersih Hati
  21. Fasal 20 - Khalwat Dan Uzlah
  22. Fasal 21 - Aurad Khalwat
  23. Fasal 22 - Hal-hal ketika Tidur Dan Mengantuk
  24. Fasal 23 - Ahli Tasauf
  25. Fasal 24 - Penutup
Kitab ini telah diterbitkan oleh THINKER'S LIBRARY Sdn Bhd (603-6189 7570)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...