Setiap hari pasti berlalu. 24 jam untuk setiap orang. Tak kira muda atau tua. Tak kira kaya ataupun miskin papa kedana. Allah memang adil dan saksama. Apa yang kita lakukan setiap hari itulah yang akan menentukan nasib kita di akhirat kelak.
Dalam usaha untuk mencari satu perjalanan hidup yang sentiasa diredhai Allah, saya terpanggil untuk mencatat perjalanan sepanjang hari ini supaya dapat mengulang atau mengelak aktiviti-aktiviti demi mencapai dan mendapat satu perjalanan yang diredhai Allah.
Tujuan log hari ini adalah untuk mendapatkan satu roadmap atau blueprint yang boleh digunapakai oleh saya sendiri ataupun boleh ditiru dan dibaiktambah oleh anda sendiri. Insya Allah.
Bangun pagi pada pukul 5. Itupun setelah 2 kali gagal untuk bangun pada pukul 3:30 pagi dan 4 pagi apabila alarm di iPhone kuat berbunyi. Ingatkan nak tahajjud 12 rakaat. Gagal nampaknya. Aduh!! Badan dan mood untuk beribadat tidak sekuat hasutan Syaitan. Astaghfirullahil a'zim. Bangun terus solat Isya', solat sunat fajar dan tasbih (cara malaikat) 100 kali. Pukul 6 pagi bergegas ke surau untuk solat Subuh sacara berjemaah. [Boleh improve lagi kan?]
6:30 - 7:00 pagi
Balik ke rumah, buka Astro Oasis (saluran 106) dan mengikuti rancangan Bicara Kifayah bersama Datuk Abu Hassan Din Al Hafiz.
7-8 pagi
Menonton rancangan Tanyalah Ustaz di TV9 (saluran 119) bersama Ustaz Hanafi Abdul Malek. Tajuk ceramah pada hari ini adalah Anak Degil (bahagian 1). Surah yang dibacakan di dalam rancangan ini adalah surah Alam Nasyrah. Surah ini boleh digunakan untuk melembutkan hati seseorang. Zikir yang dikongsikan oleh Ustaz Hanafi untuk merawat anak yang degil adalah dengan menggunakan Asma Allah iaitu "Ya Shahid" yang di baca sebanyak 317 kali selepas solat Subuh atau Isya'. Selain daripada itu, Ustaz juga mengajarkan untuk mengusap kepala anak ketika anak tidur dan di zikirkan Ya Shahid sebanyak 10 kali. Insya Allah. Di akhir rancangan, Ustaz ada berdoa dengan menggunakan ayat pelembut hati "seperti lembutnya besi bagi Nabi Daud..."
8-8:30 pagi
Menonton rancangan Muqaddimah di TV9 bersama Dato' Dr. Ustaz Haji Zahazan Mohamed. Topik pada hari ini adalah "Zikir Penawar Duka". Ustaz ada menyentuh tentang kitab karangan Imam Nawawi iaitu Al Azkar (Insya Allah saya akan beli kitab ini dan akan buat review di blog ini). Skop Zikrullah bukanlah hanya terbatas dengan perbuatan mengucapkan tasbih, takbir ataupun tahmid kepada Allah sahaja. Menurut Ustaz Dr. Haji Zahazan, Zikrullah juga termasuk 5 perkara-perkara berikut:-
- Memulai sesuatu pekerjaan dengan niat yang betul dan ikhlas kerana Allah;
- Membuat sesuatu pekerjaan dengan sehabis baik dan bersungguh-sungguh;
- Sering berdamping dengan majlis ilmu (PS: Mudah-mudahan dengan membaca blog ini juga termasuk di dalam kategori mendampingi majlis ilmu.)
- Sering mencari dan mendapatkan ilmu daripada ahli-ahli ilmu dan alim ulama (seperti duduk mendengar ceramah, melawat laman web atau Fan Page para alim ulama dan para ilmuan).
- Menziarahi dan melawat para alim ulama dan sentiasa bersama mereka. Dengan asbab bersama mereka, Insya Allah kita boleh mendapat rahmat daripada Allah.
Sebelum akhir rancangan, Dato' Dr. Haji Zahazan sempat mengijazahkan satu zikir yang amat hebat berdasarkan satu hadis Nabi Muhammad S.A.W. Terima kasih, Ustaz!
Jangan lupa melawat laman web Telaga Biru
Email Dato' Dr. Ustaz Haji Zahazan adalah ( zahazan@telagabiru.net.my )
10-11 pagi
Mendengar rancangan "Islam Itu Indah" di IKIMfm (91.5 FM) bersama Prof. Dr. Muhaya. Topik hari ini adalah Pengurusan Suara Dalam (Inner Voice Management). Cukup menarik dan hebat penjelasan daripada Prof. Dr. Muhaya tentang topik bagaimana dan cara yang betul untuk bercakap dengan diri sendiri secara minda di bawah sedar (subconscious mind). Apa yang kita ucapkan kepada diri kita sendiri akan menentukan halatuju dan keputusan hidup kita. Kita tak perlu fikir "Apa orang akan cakap....", lebih baik tumpu sepenuh perhatian untuk buat sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Insya Allah berjaya. Prof. juga ada menyarankan untuk menulis 10 tujuan hidup atau goal di atas sekeping kertas dan laminate kertas tersebut. Ulang baca kertas tersebut berulang-ulang kali setiap hari. (PS: Alhamdulillah, saya telahpun mengamalkan teknik "Promise Card" ini seperti yang dianjurkan oleh Billionaire Bill Bartman dan juga diajarkan oleh Napolean Hill penulis buku Think & Grow Rich). Selain daripada itu, Prof. Dr. Muhaya juga menyarankan agar kita lebih banyak tumpukan perhatian kepada persoalan "Bagaimana untuk (how to)" daripada soalan "Kenapa".Website peribadi Prof. Dr Muhaya adalah ( http://drmuhaya.com/ ).
==================================================================
Ok, saya nak stop dulu nak solat Zohor. Insya Allah.
No comments:
Post a Comment