Thursday 3 November 2011

Emas & pengukuhan ekonomi

Pagi ini Malaysia Hari Ini (MHI TV3) membincangkan isu pelaburan emas.

Dato' Salleh Majid yang kini menjadi penganalisis ekonomi telah menyarankan agar kita semua mula menyimpan emas sebagai salah satu pelaburan. Emas yang dicadangkan adalah Emas 999.9 dan dibeli daripada syarikat-syarikat yang betul-betul bertauliah untuk mengelakkan daripada ditipu dengan skim-skim cepat kaya.

Tips: Simpan Kijang Emas & buka Gold Saving Account di Maybank dan Kuwait Finance House (KFH).

Saturday 29 October 2011

Feel Good Moment on Sunday's Morning with BFM 89.9

I always feel good when able to spent my time listening to any good music & song. And, in Malaysia we are soooooo lucky to have one radio station that plays VERY VERY VERY GOOD MUSIC NON-STOP and that station is BFM : The Business Station. Their frequency in Klang Valley is 89.9 FM.



Today, I woke-up early to check a few emails and turn-on my radio to BFM. Ahhhhh....what a great Sunday's morning. Brilliant!

Thank you BFM for your great radio station!

Live life to the FULLEST!

Thursday 27 October 2011

Ulasan Buku : Change The Way You See Everything

Change The Way You See Everything : Through Asset-Based Thinking

Buku ini amat istimewa. Penulisannya sangat kemas dan teratur. Buku ini membincangkan bagaimana untuk menggunakan teknik ABT (Asset-Based Thinking) dengan betul. Buku ini ditulis hasil kajian Ph.D salah seorang penulisnya.

Setiap mukasurat buku ini dipenuhi dengan gambar-gambar yang sangat menarik yang dipilih dengan teliti untuk memberi pemahaman yang lebih kepada para pembaca. 

Buku ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu:-

1) Change the way you see yourself
2) Change the way you see other people
3) Change the way you see the environment

Selepas habis membaca buku ini, saya melihat dunia daripada minda yang berbeza sama sekali. Tidak sangka sebuah buku dapat mempengaruhi corak pemikiran manusia.

Saya amat menggalakkan anda untuk memiliki buku ini (beli & baca). Amat berbaloi dan sangat-sangat berguna. Buku ini pasti menjadi salah satu buku yang saya akan baca berulang-ulang kali.


Sunday 23 October 2011

Ulasan Buku : Pengembaraan Rasulullah S.A.W Ke Alam Ghaib - Menyaksikan Peristiwa Aneh dan Ajaib

Penulis : Jaafar Salleh
Penerbit : Al-Hidayah Publishers
Tahun : 2006 (Cetakan Kedua)
Harga : RM13.00
ISBN : 983-099-5925

Buku ini menghuraikan peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W dan penerangan berkaitan peristiwa-peristiwa yang berlaku sewaktu Israk Mikraj. Buku ini hanya mempunyai 3 bab tetapi isi kandungannya  padat dengan dalil-dalil daripada Al-Quran dan hadis dan tidak ketinggalan penulis turut memberi beberapa contoh logik untuk menerangkan beberapa perkara.

Saya cukup tertarik dengan Bab 3 buku ini yang menyentuh bab ibadat solat. Seperti yang kita sedia maklum, perintah wajib solat diterima oleh Nabi Muhammad S.A.W secara terus daripada Allah S.W.T di langit ke-7. Penulis telahpun dengan cermat dan berhati-hati menerangkan betapa tingginya martabat solat berbanding ibadah lain. Penulis juga telah membincangkan kepentingan khusyuk di dalam solat.

Firman Allah:
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang solatnya khusyuk." (Surah Al-Mukminun 1-2)

Kesimpulannya, buku ini amat berguna untuk menguatkan iman terhadap peristiwa Israk dan Mikraj serta untuk mempelajari kepentingan khusyuk di dalam solat. Subhanallah. 

Pesan Ayahanda: Solat yang sia-sia adalah solat yang tiada padanya khusyuk. Tiada pahala, hanya penat semata-mata. Kuasailah teknik khusyuk di dalam solat, Insya Allah dunia akan tunduk dan patuh kepada kehendak dan keinginanmu. Dengan izin Allah.  

Kongsi-kongsikan dan selamat beramal. 

Wednesday 19 October 2011

Kursus Internet Marketing (Twitter, Facebook & Blogger) Bersama AADK

Alhamdulillah. 

Agensi Anti Dadah Kebangssan
Semuanya telah berjalan dengan lancar dan mengikut perancangan.

Kursus Internet Marketing - Twitter, Facebook & Blogger telahpun berlangsung dengan jayanya selama dua hari (18 & 19 Oktober) di Universiti Wawasan di Menara PGRM, Kuala Lumpur.


Kursus ini dijalankan khas untuk melatih pegawai-pegawai daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) daripada seluruh Malaysia. Seramai 28 orang pegawai AADK telah hadir dan mengikuti kursus ini yang bertujuan untuk mendedahkan teknologi dan bagaimana untuk menggunakan social media.

Saya berasa sangat gembira dapat berkongsi ilmu serta pengalaman mengenai teknologi social media dan internet marketing dengan pegawai-pegawai daripada AADK. Diharapkan segala ilmu yang telah dipelajari dapat dimanfaatkan dengan sebaik yang mungkin.

Ayahanda mengucapkan jutaan terima kasih kepada para peserta yang telah hadir dan memberikan sepenuh minat serta kesungguhan untuk mempelajari Twitter, Facebook & Blogger. Tidak lupa juga kepada pihak penganjur iaitu APT Academy (Yanie) serta Wawasan Open Universiti yang telah menyediakan tempat latihan yang baik dan selesa.

Harap kita dapat berjumpa lagi pada masa akan datang. :)

Insya Allah.  

PS: Memahami fungsi & tanggungjawab AADK untuk membasmi salah guna dadah di Malaysia merupakan satu ilmu yang sangat bernilai. Sharing is caring. Ayahanda Bersama AADK Memerangi Dadah. 

Tuesday 18 October 2011

7 Golongan Yang Doa Mereka Sangat Mustajab


Ini adalah petikan ceramah daripada Radio IKIMfm pada hari ini:-

1. Doa ayah kepada anak.
2. Doa anak soleh kepada kedua ibubapa.
3. Doa pemimpin yang adil.
4. Doa musafir.
5. Rakan kepada rakan yang lain secara sembunyi
6. Doa orang yang berpuasa
7. Doa orang yang berada dalam kesusahan (dizalimi).

Sunday 16 October 2011

Daily Quote : Too often we give OUR children answers to remember rather than problems to solve.

"Too often we give OUR children answers to remember rather than problems to solve."
Most of the time, we as parent prefer to give our children answer after answer to remember. It's not just a mere answers but more likely instructions or rules to follow.

For example, we say "You have to sleep at 10 o'clock so that you are not going to feel sleepy tomorrow."


The answers to remember are :  (i) Not to be sleepy.  (ii) I have to sleep at 10 o'clock.


Better way (in my opinion) : "How to get enough sleep so that I will feel great when I wake up tomorrow?"
Ask your children the question and listen to their answer. You'll surprise with the answers.

Towards your happiness!

-Ayahanda, 2011


Cara TERMUDAH Untuk Meluangkan Masa Dengan Anak Anda


Assalammualaikum,

Hari ini saya telah menjumpai satu cara yang amat mudah dan seronok untuk meluangkan masa dengan anak-anak saya. Ingin tahu?


Cara tersebut adalah dengan bermain catur (chess) dengan mereka! Ya, sungguh seronok sebenarnya bermain catur dengan anak-anak. Di samping dapat meluangkan masa bersama mereka (dari 15 hingga 90 minit sehari), kita juga dapat melihat bagaimana kanak-kanak sebenarnya cepat belajar dan penuh minat mempelajari perkara baru.


Ajar mereka peraturan-peraturan permainan catur dan terangkan strategi bagaimana untuk menyerang atau membuat benteng pertahanan. Hasilnya, selepas 3 permainan, anak-anak saya mampu mengatakan "Check" kepada saya.

Tumpukan perhatian kepada permainan catur tersebut dan tunjukkan minat anda bermain catur dengan mereka. Mainlah dengan ikhlas dan mereka pasti merasainya dan tidak sabar untuk bermain catur dengan anda lagi.

Sungguh mudah, bukan?

Dengan memberikan masa berkualiti bersama-sama mereka, Insya Allah kita akan dapat keredhaan Allah.

Tips daripada Ayahanda : Berilah peluang kepada anak-anak untuk memakan "askar-askar" anda untuk meningkatkan "self-confidence" anak-anak. Sekali-sekala biarkan mereka membuat "check-mate" ke atas anda. Seharian mereka akan bercerita tentang bagaimana mereka berjaya makan "King" Ayahanda!

Hidup Ini Indah. Alhamdullilah.

Kongsi-kongsikan dan selamat beramal!

Thursday 13 October 2011

Step 2 : How to be a Zillionaire - Choose the Goals That Make You Rich

For me, this is VERY important chapter from this book. I like the quote,
If you don't know where you're going, any path will take you there.
Have you written your life goals? Statistics shows that people who having written goals are more successful. Now, stop reading this blog and go write down all your goals. Stop now!

Your goals should be written in present tense (make it like you have achieve them). For e.g:

1. I am making USD7000 daily from mobile CPA easily & effortlessly because I love it so much!
2. I am driving BMW Z4 to meet friends every day.
3. I am making passive income from 7 condos near KLCC.

It feels great right?
Now is your turn. Be unstoppable. Be bold.

Tuesday 11 October 2011

Insaflah wahai para Ayahanda & Bapa Yang Sentiasa Sibuk : Lirik Lagu Ugly Kid Joe : "Cats In The Cradle"

Ugly Kid Joe : Cats In The Cradle



My child arrived just the other day
Came to the world in the usual way
But there were planes to catch and bills to pay
He learned to walk while I was away
He was talkin' 'fore I knew it
And as he grew he said,
I'm gonna be like you, dad,
You know I'm gonna be like you.

And the cat's in the cradle and the silver spoon,
Little boy blue and the man on the moon.
when you comin' home?
son, I don't know when. we'll get together then.
You know we'll have a good time then.

Well, my son turned ten just the other day.
He said, 'thanks for the ball, dad. come on, let's play.
Could you teach me to throw?
I said, not today. I got a lot to do.
He said, that's okay. and he walked away and he smiled and he
said ya know, I'm gonna be like him, yeah.
You know I'm gonna be like him.

And the cat's in the cradle and the silver spoon,
Little boy blue and the man on the moon.
when you comin' home?
son, I don't know when. we'll get together then.
You know we'll have a good time then.


Well, he came from college just the other day,
So much like a man I just had to say,
son I'm proud of you. could you sit for a while?
He shook his head and he said with a smile,
what I'd really like, dad, is to borrow the car keys.
See you later. can I have them please?

And the cat's in the cradle and the silver spoon,
Little boy blue and the man on the moon.
when you comin' home?
son, I don't know when. we'll get together then.
You know we'll have a good time then.


I've long since retired, my son's moved away.
I called him up just the other day.
I'd like to see you, if you don't mind.
He said, I'd love to, dad, if I could find the time.
You see my new job's a hassle and the kids have the flu,
But it's sure nice talkin' to you, dad.
It's been sure nice talkin' to you.
And as I hung up the phone it occurred to me,
He'd grown up just like me.
My boy was just like me.

And the cat's in the cradle and the silver spoon,
Little boy blue and the man on the moon.
when you comin' home?
son, I don't know when. we'll get together then.
You know we'll have a good time then.



PS: 
Ayahanda dah lama dengar dan minat lagu ini TETAPI tak pernah membaca liriknya sehinggalah hari ini. Lirik ini benar-benar telah menginsafkan & menyedarkan Ayahanda kerana pernah juga "ignore" dan marah anak-anak ketika Ayahanda sedang bekerja di rumah. Selepas ini, marilah kita semua lebih memuliakan dan memberikan anak-anak kita lebih masa dengan mereka. Insya Allah. Kongsi-kongsikan dan selamat beramal. Insya Allah.

Berita Sedih : Anak mati didera, isteri enggan maafkan suami

Sumber Akhbar KOSMO

ALOR GAJAH - Seorang budak lelaki berusia 6 tahun mati akibat paru-parunya lebam dan disyaki telah didera oleh bapa tirinya kelmarin (10/11/2001). Selain daripada itu, terdapat juga kesan kecederaan luaran yang baru berlaku ditemui di badan mangsa.

Mangsa yang bernama Mohd. Firdaus Md. Dan merupakan anak bongsu daripada 6 beradik mati pada pukul 4:30 petang sejurus dia dihantar ke hospital oleh bapa tirinya.

Polis telahpun menahan bapa tiri mangsa yang berusia 37 tahun di Hospital Alor Gajah petang kelmarin. Suspek yang berumur 37 tahun itu bekerja sebagai pencari kayu. Ibu mangsa yang berusia 41 tahun berkata dia tidak akan memaafkan suaminya jika Mohd. Firdaus mati akibat didera oleh suaminya.

Ibu mangsa baru setahun berkahwin dengan suspek.

Sebelum kejadian yang menyedihkan ini berlaku, Firdaus pada sebelah pagi dilihat mengikut bapa tirinya keluar untuk mencari kayu api di sekitar kampung.

KOMEN:
Innalillahiwainnailaihiraajiuuun. Al-Fatihah.

Kami sekeluarga mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.
Harap banyak bersabar. Mungkin inilah yang terbaik untuk Mohd. Firdaus. Allah lebih bijaksana dan perancangan Allah jualah yang terbaik.

Sesungguhnya Allah telah mentaqdirkan adik Firdaus untuk meninggalkan kita dan kini bersama-sama Allah di dalam syurga Firdaus. Semoga rohnya berbahagia dan mendapat rahmat di sisi-Nya.

Tindakan mendera kanak-kanak tidak patut sama sekali. Namun, jangan lupa bahawa mungkin suspek berada di dalam tekanan hidup sehingga pada ketika kejadian itu berlaku tahap pemikiran dan pertimbangan suspek kurang berkesan. Emosi yang tertekan selalunya membawa kepada perbuatan yang tidak masuk akal dalam sekelip mata. Syaitan akan mudah membisikkan kepada manusia yang berada di dalam tekanan mental.

Oleh itu, marilah kita semua menjadi insan yang sentiasa menjaga tahap kesihatan mental. Caranya mudah sekali. Solat fardhu jangan ditinggalkan. Zikir perlu sentiasa di hati. Makanan hati dan emosi adalah dengan mendengar hadir ceramah-ceramah agama di surau, madrasah atau masjid. Melawat laman blog ini juga boleh sedikit sebanyak memantapkan kesihatan emosi dan mental.

Kongsi-kongsikan dan selamat beramal.

Insya Allah.

7 Tips Menjadi Ayah Yang Hebat

Menjadi ayah memang best. Syukur Alhamdulillah. Namun, ramai yang tidak tahu menjadi seorang Ayah yang baik dan hebat.

Berikut adalah 7 tips untuk menjadi ayah yang baik:
1. Faham peranan seorang ayah
2. Bersyukur kerana mempunyai anak
3. Sentiasa berkomunikasi dengan anak
4. Bertimbang-rasa terhadap keperluan anak dan keluarga
5. Tidak memilih kasih
6. Mencontohi Rasulullah S.A.W.
7. Sentiasa ceria dan sering melawat blog ini :)

Harap mendapat manfaat & faedah.

Insya Allah.

Monday 10 October 2011

7 tempat BARU yang kita boleh membaca Ayat Kursi


Assalammualaikum!


Saya dah lama sebenarnya nak share 7 tempat yang selalu saya amalkan membaca Ayat Kursi.
  1. Sewaktu mengisi minyak di stesen minyak. Khasiatnya, petrol lambat habis dan enjin kereta menjadi lebih lancar.
  2. Ketika berhenti di lampu isyarat.
  3. Ketika beratur di ATM atau CDM. Khasiatnya bank account kita lambat habis duit.
  4. Sewaktu membuat blog-walking, baca Twitter atau mengemaskini Facebook. Khasiatnya --> mendapat pendapatan online yang lebih banyak dan berkat.
  5. Ketika beratur di lorong SmartTag atau Touch N Go. Khasiatnya, kadang-kadang kad Touch N Go ada nilai tambah tanpa diduga dan tak habis-habis.
  6. Ketika selesai solat Subuh. Ini waktu & tempat paling mustajab bagi saya. Insya Allah sepantas kilat doa dimakbulkan.
  7. Ketika menunggu waktu solat Jumaat di Masjid Wilayah Persekutuan. Inipun salah satu tempat yang mustajab (mengikut pengalaman peribadi Ayahanda). 

Semoga kita semua mendapat kiasan "Mulut Masin" dengan asbab selalu mengingati Allah S.W.T dengan cara banyak membaca Ayat Kursi ini.

Insya Allah. Kongsi-kongsikan dan selamat beramal.

Strategy #1: Change Your Mindset and Change Your Future

We are in a scale - from Zero to Zillionaire.

So, where am I ? How about you?

The good news is that we all can become a Zillionaire.

On page 19, Chellie Campbell said, "Act joyful and successful every day, and more people will hire you and be willing to pay you top dollar."

Sunday 9 October 2011

Berkawan dengan anak. Cara mudah mendidik & membentuk peribadi anak anda.

Assalammualaikum.

Saya mengamalkan polisi untuk menjadi rakan kepada anak-anak saya. Hasilnya agak memeranjatkan kerana saya tidak menyangka ia akan berhasil maklumlah kedua-dua anak saya adalah lelaki yang mempunyai dua pusar di kepala.

Caranya adalah dengan banyak berbual dan bertanya kepada mereka. Apabila mereka berbual-bual dengan anda, pastikan anda menumpu perhatian kepada mereka. Lihat mata mereka dan senyum. Angguk tanda setuju.

Jangan lupa untuk memberi pujian dan pelukan kepada mereka selepas mereka berjaya membuat sesuatu walaupun kecil seperti mengemas beg sekolah.

Kanak-kanak memang banyak soalan dan idea. Dengar percakapan mereka dan galakkan mereka untuk memberi idea.

Dalam interaksi dengan mereka, kurangkan penggunaan "Tak boleh" dan "Jangan". Gantikan dengan "Lebih baik jika....." atau "Bagaimana kalau....".

Saya juga telah mengajar anak-anak saya untuk menggunakan kuasa minda separa sedar (subconscious mind power).

Bekalan yang terbaik untuk akhirat adalah anak-anak yang soleh.

Saturday 8 October 2011

Bio Concentrated Vege Wash

Do you know that most vegetables and fruits sold at markets still contains traces of dirt and chemical residues such as pesticide that could cause diseases if consumes?

Well, I didn't know that until I come across a product - Vege Wash.

Friday 7 October 2011

How to be a Zillionaire

Ahah! Rainy Saturday & new book 'How to be a Zillionaire : 8 Steps to Financial Freedom.'

Hope we can be a group of Zillionaires. Hahahaha.

Alhamdulillah.

PMA : Positive Mental Attitude

Di saat kerisauan dan ketidaktahuan untung nasib diri dan keluarga, masih bolehkah kita berfikiran positif?

Bagaimanakah caranya untuk kekal positif jika semua usaha dan doa gagal belaka?

Mahu saja berputus asa tapi apa gunanya juga. Hidup mesti diteruskan juga walaupun tiada daya.

Untung batu tenggelam, untung sabut timbul.

Hadooiii.

Tuesday 4 October 2011

Islam Itu Indah Bersama Prof. Dr. Muhaya @ IKIMfm saluran 91.5 FM

Hari Rabu pukul 10 pagi merupakan waktu yang amat dinanti-nantikan oleh ramai orang seperti saya yang ingin menjadi positif dengan cara mendengar nasihat, teguran dan pandangan daripada pakar motivasi Prof. Dr. Muhaya.

Hari ini, Prof. Dr. Muhaya memilih tajuk "Jenis-jenis manusia di dalam kehidupan".

Menurut Prof. Dr. Muhaya, terdapat dua jenis manusia - manusia import dan manusia export. Manusia import  merupakan manusia yang lebih suka menerima dan manusia export merupakan manusia yang lebih suka memberi. Prof. Dr. Muhaya menyarankan agar kita menjadi manusia export (suka memberi). 


Di antara nota yang sempat saya tulis sewaktu siaran Islam Itu Indah adalah seperti berikut:-

  1. Tempat untuk mencari kawan yang baik adalah di masjid dan di surau dan bukannya di kelab-kelab.
  2. Allah memandang hati, manusia memandang fizikal. 
  3. Penyakit kencing manis boleh menyebabkan buta. Prof. menyarankan agar kita semua kurangkan teh tarik kerana teh tarik mengandungi susu pekat manis yang amat tidak baik untuk kesihatan.
  4. Jangan hidup di "keledak sungai kehidupan".
  5. Policy-maker perlu bijak membuat polisi. Perlu peka keperluan orang yang berkaitan (put yourself on other people's shoes before making any policy).
  6. Look at big pictures
  7. Hidup dengan diri sendiri tanpa mengambil kira "apa orang akan cakap".
  8. Sewaktu berkomunikasi, sampaikan mesej dan dakwah dan bukannya bercakap tentang diri sendiri atau orang lain.
  9. Ilmu analisa 
  10. Jangan sibuk fikir tentang pendapat orang lain (ada kaitan dengan item 7 di atas)
  11. Hidup jangan tengok orang, tengok diri sendiri (usaha untuk memperbaiki diri sendiri).
Di akhir rancangan, Prof. Dr. Muhaya sempat memberikan 4 perkara supaya hidup kita lebih tenang dan menjadi manusia export:-
  1. Sentiasa mendisplin diri untuk memberi (export)
  2. Guna kebijaksanaan untuk memberi kepada orang yang berhak menerima
  3. Buat dengan kasih-sayang (love)
  4. Buat dengan redha (let it go)
Masya Allah! 

Mari kita doakan agar Prof. Dr Muhaya terus dimurahkan rezeki, hidupnya diberkati Allah S.W.T dan termasuk di dalam golongan yang "sedikit" serta mendapat syurga Allah tanpa hisab. Amiiin. Insya Allah.

Monday 3 October 2011

Misteri Solat Sunat Tahajjud : Taqarrub Yang Amat Berkesan

Kecil-kecil cili padi. Nipis tapi padat dengan ilmu dan panduan. Hebat!

Innovation Policy Books

Ini adalah buku-buku yang akan dibaca dan dikaji untuk PhD Policy Studies.

Hope to finish all in three weeks.

Monday 26 September 2011

Regional Innovation Policy for Small-Medium Enterprises

Published by : Edward Elgar Publishing, Inc
Year : 2003
Edited by: Bjorn Asheim ... [et al.]
ISBN : 1 84376 398 2

This book provides an extensive evaluation of the numerous policy instruments used by regional governments in Europe to promote innovation activity in small and medium enterprises (SMEs). The instruments are compared and benchmarked in order to identify 'good practice', in an effort to bridge the gap between the theory of regional innovation and real-world policy implementation.

Teknik Mudah Yang Amat Berkesan Untuk Menundukkan Anak & Isteri

Aha! Teknik ini sebenarnya telah diajar oleh Nabi Muhammad S.A.W. Caranya adalah dengan selalu mengusap kepala dan rambut anak sambil menunjukkan kasih sayang dan belas ihsan kepada anak. Anak yang degil "hard-core" pun akan lembut hatinya dan akan selalu mendengar kata serta taat kepada anda. Insya Allah. Selamat mengusap kepala dan rambut anak anda.

PS: Jangan lupa usap dan belai rambut isteri-isteri anda di rumah. :) Selamat beramal!

7 Mindset Seorang Ayahanda Yang Berkesan

Seperti yang kita semua maklum, mindset atau pola pemikiran seseorang amat penting kerana ia merupakan salah satu faktor yang menentukan cara hidup dan tindaklaku seseorang individu.

Mindset yang berkesan bagi seseorang yang bergelar ayah adalah seperti berikut:-
1. Berani
2. Tabah
3. Cekal
4. Berpandangan jauh
5. Tidak mudah berputus-asa
6. Berilmu
7. Berfikiran positif

Tuesday 20 September 2011

Mencari Aktiviti-aktiviti Yang Di Redhai Allah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Setiap hari pasti berlalu. 24 jam untuk setiap orang. Tak kira muda atau tua. Tak kira kaya ataupun miskin papa kedana. Allah memang adil dan saksama. Apa yang kita lakukan setiap hari itulah yang akan menentukan nasib kita di akhirat kelak.

Dalam usaha untuk mencari satu perjalanan hidup yang sentiasa diredhai Allah, saya terpanggil untuk mencatat perjalanan sepanjang hari ini supaya dapat mengulang atau mengelak aktiviti-aktiviti demi mencapai dan mendapat satu perjalanan yang diredhai Allah.

Tujuan log hari ini adalah untuk mendapatkan satu roadmap atau blueprint yang boleh digunapakai oleh saya sendiri ataupun boleh ditiru dan dibaiktambah oleh anda sendiri. Insya Allah.


Bangun pagi pada pukul 5. Itupun setelah 2 kali gagal untuk bangun pada pukul 3:30 pagi dan 4 pagi apabila alarm di iPhone kuat berbunyi. Ingatkan nak tahajjud 12 rakaat. Gagal nampaknya. Aduh!! Badan dan mood untuk beribadat tidak sekuat hasutan Syaitan. Astaghfirullahil a'zim. Bangun terus solat Isya', solat sunat fajar dan tasbih (cara malaikat) 100 kali. Pukul 6 pagi bergegas ke surau untuk solat Subuh sacara berjemaah. [Boleh improve lagi kan?]

6:30 - 7:00 pagi
Balik ke rumah, buka Astro Oasis (saluran 106) dan mengikuti rancangan Bicara Kifayah bersama Datuk Abu Hassan Din Al Hafiz

7-8 pagi
Menonton rancangan Tanyalah Ustaz di TV9 (saluran 119) bersama Ustaz Hanafi Abdul Malek. Tajuk ceramah pada hari ini adalah Anak Degil (bahagian 1). Surah yang dibacakan di dalam rancangan ini adalah surah Alam Nasyrah. Surah ini boleh digunakan untuk melembutkan hati seseorang. Zikir yang dikongsikan oleh Ustaz Hanafi untuk merawat anak yang degil adalah dengan menggunakan Asma Allah iaitu "Ya Shahid" yang di baca sebanyak 317 kali selepas solat Subuh atau Isya'. Selain daripada itu, Ustaz juga mengajarkan untuk mengusap kepala anak ketika anak tidur dan di zikirkan Ya Shahid sebanyak 10 kali. Insya Allah. Di akhir rancangan, Ustaz ada berdoa dengan menggunakan ayat pelembut hati "seperti lembutnya besi bagi Nabi Daud..."

8-8:30 pagi
Menonton rancangan Muqaddimah di TV9 bersama Dato' Dr. Ustaz Haji Zahazan Mohamed. Topik pada hari ini adalah "Zikir Penawar Duka". Ustaz ada menyentuh tentang kitab karangan Imam Nawawi iaitu Al Azkar (Insya Allah saya akan beli kitab ini dan akan buat review di blog ini). Skop Zikrullah bukanlah hanya terbatas dengan perbuatan mengucapkan tasbih, takbir ataupun tahmid kepada Allah sahaja. Menurut Ustaz Dr. Haji Zahazan, Zikrullah juga termasuk 5 perkara-perkara berikut:-
  1. Memulai sesuatu pekerjaan dengan niat yang betul dan ikhlas kerana Allah;
  2. Membuat sesuatu pekerjaan dengan sehabis baik dan bersungguh-sungguh;
  3. Sering berdamping dengan majlis ilmu (PS: Mudah-mudahan dengan membaca blog ini juga termasuk di dalam kategori mendampingi majlis ilmu.)
  4. Sering mencari dan mendapatkan ilmu daripada ahli-ahli ilmu dan alim ulama (seperti duduk mendengar ceramah, melawat laman web atau Fan Page para alim ulama dan para ilmuan).
  5. Menziarahi dan melawat para alim ulama dan sentiasa bersama mereka. Dengan asbab bersama mereka, Insya Allah kita boleh mendapat rahmat daripada Allah.
Wah! Banyak betul cara untuk Zikrullah sebenarnya. Masya Allah.

Sebelum akhir rancangan, Dato' Dr. Haji Zahazan sempat mengijazahkan satu zikir yang amat hebat berdasarkan satu hadis Nabi Muhammad S.A.W. Terima kasih, Ustaz!

Jangan lupa melawat laman web Telaga Biru 
Email Dato' Dr. Ustaz Haji Zahazan adalah ( zahazan@telagabiru.net.my )



10-11 pagi
Mendengar rancangan "Islam Itu Indah" di IKIMfm (91.5 FM) bersama Prof. Dr. Muhaya. Topik hari ini adalah Pengurusan Suara Dalam (Inner Voice Management). Cukup menarik dan hebat penjelasan daripada Prof. Dr. Muhaya tentang topik bagaimana dan cara yang betul untuk bercakap dengan diri sendiri secara minda di bawah sedar (subconscious mind). Apa yang kita ucapkan kepada diri kita sendiri akan menentukan halatuju dan keputusan hidup kita. Kita tak perlu fikir "Apa orang akan cakap....", lebih baik tumpu sepenuh perhatian untuk buat sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Insya Allah berjaya. Prof. juga ada menyarankan untuk menulis 10 tujuan hidup atau goal di atas sekeping kertas dan laminate kertas tersebut. Ulang baca kertas tersebut berulang-ulang kali setiap hari. (PS: Alhamdulillah, saya telahpun mengamalkan teknik "Promise Card" ini seperti yang dianjurkan oleh Billionaire Bill Bartman dan juga diajarkan oleh Napolean Hill penulis buku Think & Grow Rich). Selain daripada itu, Prof. Dr. Muhaya juga menyarankan agar kita lebih banyak tumpukan perhatian kepada persoalan "Bagaimana untuk (how to)" daripada soalan "Kenapa".Website peribadi Prof. Dr Muhaya adalah ( http://drmuhaya.com/ ).

==================================================================

Ok, saya nak stop dulu nak solat Zohor. Insya Allah.

Ayahanda & Google Affiliate Network

Alhamdulillah! Kini Ayahanda maju selangkah lagi dengan menambah satu lagi punca pendapatan online sacara pasif (online passive income) menerusi Google Affiliate Network.
Nantikan tutorial daripada Ayahanda bagaimana menjana pendapatan tambahan online daripada Google Affiliate Network. Yeah!

Ulasan Buku : Rahsia Perkenan Doa - Ismullah "Al-A'DZAM" Mencari Nama Allah Yang Paling Agung

Buku ini kecil-kecil cili padi. Walaupun nipis (hanya 98 muka surat), namun isi kandungannya cukup hebat dan padat. Buku ini telah disusun dengan begitu kemas oleh Doktor Ruhani. Buku ini menyentuh tentang Nama Allah Yang Paling Agung (Ismullah Al-A'dzam). Dengan mempelajari dan menguasai ilmu nama Allah Yang Paling Agung ini, setiap mukmin dapat mencapai apa sahaja hajat dengan sekelip mata (Insya Allah).

Sebenarnya, Ismullah Al-A'dzam (IA) dicari-cari oleh manusia sejak mereka diciptakan oleh Allah sehingga ke akhir zaman. IA merupakan milik dan rahsia peribadi para Rasul dan Nabi, orang Siddiq dan para wali Allah di mana mereka telahpun memperolehi IA ini. Masya Allah.

Buku ini diterbitkan oleh Pustaka Ilmi dan dijual dengan harga RM7.90 sahaja.

Ulasan Buku : Sirrur Asrar

Kitab Sirrul Asrar ini telah ditulis oleh As-Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani dan telah diterjemahkan dengan begitu teliti dan berhati-hati oleh K.H. Zezen Zaenal Abidin Zayadi Bazul Asyhab. Kitab ini mempunyai 24 fasal (bab) yang bermula daripada hakikat awal penciptaan makhluk hinggalah ke fasal Tasauf.

Buku ini amat sesuai untuk dibaca oleh golongan yang ingin mendekati Allah.

Senarai kandungan kitab ini adalah:-
  1. Muqaddimah (Awal Penciptaan Makhluk)
  2. Fasal 1 - Kembalinya Manusia Ke Tempat Asal
  3. Fasal 2 - Turun Manusia Ke Alam Yang Paling Bawah
  4. Fasal 3 - Tempat-tempat Ruh Di Dalam Jasad
  5. Fasal 4 - Ilmu
  6. Fasal 5 - Taubat Dan Talqin
  7. Fasal 6 - Ilmu Tasauf
  8. Fasal 7 - Zikir
  9. Fasal 8 - Syarat-syarat Zikir
  10. Fasal 9 - Melihat Kepada Allah (dengan basyirah batin)
  11. Fasal 10 - Cahaya dan Kegelapan Sebagai Penghalang
  12. Fasal 11 - Bahagia Dan Celaka
  13. Fasal 12 - Fakir Dalam Tasauf
  14. Fasal 13 - Bersuci Syariat Dan Bersuci Tarikat
  15. Fasal 14 - Solat Syariat Dan Solat Tarikat
  16. Fasal 15 - Bersuci Ma'rifat Di Alam Tajrid
  17. Fasal 16 - Zakat Syariat Dan Zakat Tarikat
  18. Fasal 17 - Saum Syariat Dan Saum Tarikat
  19. Fasal 18 - Haji Syariat Dan Haji Tarikat
  20. Fasal 19 - Getaran Hati Dan Bersih Hati
  21. Fasal 20 - Khalwat Dan Uzlah
  22. Fasal 21 - Aurad Khalwat
  23. Fasal 22 - Hal-hal ketika Tidur Dan Mengantuk
  24. Fasal 23 - Ahli Tasauf
  25. Fasal 24 - Penutup
Kitab ini telah diterbitkan oleh THINKER'S LIBRARY Sdn Bhd (603-6189 7570)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...