Tuesday, 28 February 2012

7 golongan yang sangat mustajab doanya

Assalammualaikum!

Berikut adalah 7 golongan manusia yang memiliki kelebihan apabila berdoa:

Doa pemimpin yang adil sangat-sangat mustajab

  1. Pemimpin yang adil.
  2. Orang yang sedang berpuasa.
  3. Orang yang dizalimi.
  4. Doa seorang Muslim kepada saudaranya.
  5. Doa ibubapa kepada anaknya.
  6. Doa anak kepada ibubapanya.
  7. Doa seorang Musafir sehingga dia kembali ke tempat asalnya.

18 waktu paling mustajab untuk berdoa

Jangan lupa untuk berdoa dengan kusyuk sewaktu sujud


Assalammualaikum!

WAKTU PALING MUSTAJAB & TERBAIK UNTUK BERDOA
  1. Ketika menuju ke medan perang.
  2. Ketika di dalam pertempuran di medan perang.
  3. Ketika hujan.
  4. Sesudah berwudhuk.
  5. Selepas azan.
  6. Di antara azan & iqamah.
  7. Sewaktu sujud. 
  8. Sebelum salam pertama pada setiap solat.
  9. Di akhir surah al-Fatihah.
  10. Setelah khatam/tamat membaca al-Quran.
  11. Setelah selesaikan solat fardhu lima waktu.
  12. Hari Jumaat.
  13. Ketika khatib duduk sebelum khutbah kedua pada hari Jumaat.
  14. Di tengah malam.
  15. Pada bulan Ramadhan.
  16. Pada malam Lailatulqadar.
  17. Sepertiga malam yang pertama.
  18. Sepertiga malam yang akhir.

13 tempat terbaik untuk berdoa agar cepat makbul

Assalammualaikum!

Berikut adalah 13 tempat terbaik untuk berdoa kepada Allah S.W.T

Tempat TERBAIK untuk berdoa adalah ketika melihat Kaabah di Makkah

  1. Ketika melihat Kaabah di Mekah.
  2. Ketika melihat Masjid Nabi di Madinah.
  3. Ketika berada di depan pintu Kaabah.
  4. Ketika berada di kawasan Raudah (di dalam Masjid Nabi)
  5. Di belakang makan Nabi Ibrahim.
  6. Di sisi perigi Zam Zam.
  7. Di atas bukit Safa & Marwah.
  8. Di padang Arafah.
  9. Di Muzdalifah.
  10. Di Mina.
  11. Di sisi Jumrah yang ketiga.
  12. Di semua masjid seluruh dunia.
  13. Di semua surau / madrasah di seluruh dunia.
Semoga kita semua tergolong di dalam golongan yang doa-doa dimakbulkan oleh Allah sepantas kilat. Insya Allah. Amiin.

Kenapa doa tidak makbul atau ditolak?

Mengapa doa kita masih belum dimakbulkan?

Ibrahim bin Adham (seorang ahli tasawuf) pernah ditanya, "Mengapa doa mereka tidak dikabulkan (ditunaikan) oleh Allah, padahal mereka selalu berdoa." Beliau dengan penuh hikmah menjawab:

Kenapa doa anda masih belum makbul?
  1. Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya.
  2. Kamu mengaku yang kamu sendiri cintakan Rasulullah S.A.W tetapi kamu tidak mengamalkan sunnahnya.
  3. Kamu sentiasa membaca Al Quran tetapi kamu tidak melaksanakan isi kandungannya.
  4. Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah tetapi kamu tidak bersyukur kepada-Nya.
  5. Kamu telah berkata Syaitan adalah musuh kamu yang nyata tetapi kamu tidak menentangnya, bahkan kamu sendiri patuh padanya.
  6. Kamu berkata syurga itu benar adanya tetapi kamu tidak beramal untuknya.
  7. Kamu selalu berdoa agar dilepaskan daripada seksa neraka tetapi kamu membiarkan (mencampakkan) dirimu ke dalam api neraka dengan perbuatan amalanmu.
  8. Kamu berkata bahawa kematian itu benar tetapi kamu sendiri tidak mempersiapkan diri untuk menghadapinya.
  9. Kamu sibuk memperkatakan aib (cela) saudaramu sendiri tetapi kamu lupa akan keaibanmu sendiri.
  10. Kamu kuburkan saudaramu yang telah mati tetapi kamu tidak pernah mengambil iktibar (pengajaran) daripadanya. 

Tips Doa Makbul Cepat : Doa akan lebih cepat termakbul dengan selalu mengingati Allah



Rasulullah S.A.W telah bersabda:
"Sesiapa yang ingin agar doanya diperkenankan oleh Allah S.W.T. ketika dia menghadapi kesempitan dan sesusahan serta kesulitan, maka hendaklah dia memperbanyakkan doa ketika berada di dalam kesenangan."  
(Hadis riwayat Tirmizi dan al Hakim daripada Abu Hurairah r.a)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...