Ibrahim bin Adham (seorang ahli tasawuf) pernah ditanya, "Mengapa doa mereka tidak dikabulkan (ditunaikan) oleh Allah, padahal mereka selalu berdoa." Beliau dengan penuh hikmah menjawab:
Kenapa doa anda masih belum makbul?
- Kamu mengenal Allah tetapi kamu tidak menunaikan hak-Nya.
- Kamu mengaku yang kamu sendiri cintakan Rasulullah S.A.W tetapi kamu tidak mengamalkan sunnahnya.
- Kamu sentiasa membaca Al Quran tetapi kamu tidak melaksanakan isi kandungannya.
- Kamu telah makan nikmat-nikmat Allah tetapi kamu tidak bersyukur kepada-Nya.
- Kamu telah berkata Syaitan adalah musuh kamu yang nyata tetapi kamu tidak menentangnya, bahkan kamu sendiri patuh padanya.
- Kamu berkata syurga itu benar adanya tetapi kamu tidak beramal untuknya.
- Kamu selalu berdoa agar dilepaskan daripada seksa neraka tetapi kamu membiarkan (mencampakkan) dirimu ke dalam api neraka dengan perbuatan amalanmu.
- Kamu berkata bahawa kematian itu benar tetapi kamu sendiri tidak mempersiapkan diri untuk menghadapinya.
- Kamu sibuk memperkatakan aib (cela) saudaramu sendiri tetapi kamu lupa akan keaibanmu sendiri.
- Kamu kuburkan saudaramu yang telah mati tetapi kamu tidak pernah mengambil iktibar (pengajaran) daripadanya.
No comments:
Post a Comment