Tuesday, 11 October 2011

Berita Sedih : Anak mati didera, isteri enggan maafkan suami

Sumber Akhbar KOSMO

ALOR GAJAH - Seorang budak lelaki berusia 6 tahun mati akibat paru-parunya lebam dan disyaki telah didera oleh bapa tirinya kelmarin (10/11/2001). Selain daripada itu, terdapat juga kesan kecederaan luaran yang baru berlaku ditemui di badan mangsa.

Mangsa yang bernama Mohd. Firdaus Md. Dan merupakan anak bongsu daripada 6 beradik mati pada pukul 4:30 petang sejurus dia dihantar ke hospital oleh bapa tirinya.

Polis telahpun menahan bapa tiri mangsa yang berusia 37 tahun di Hospital Alor Gajah petang kelmarin. Suspek yang berumur 37 tahun itu bekerja sebagai pencari kayu. Ibu mangsa yang berusia 41 tahun berkata dia tidak akan memaafkan suaminya jika Mohd. Firdaus mati akibat didera oleh suaminya.

Ibu mangsa baru setahun berkahwin dengan suspek.

Sebelum kejadian yang menyedihkan ini berlaku, Firdaus pada sebelah pagi dilihat mengikut bapa tirinya keluar untuk mencari kayu api di sekitar kampung.

KOMEN:
Innalillahiwainnailaihiraajiuuun. Al-Fatihah.

Kami sekeluarga mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa.
Harap banyak bersabar. Mungkin inilah yang terbaik untuk Mohd. Firdaus. Allah lebih bijaksana dan perancangan Allah jualah yang terbaik.

Sesungguhnya Allah telah mentaqdirkan adik Firdaus untuk meninggalkan kita dan kini bersama-sama Allah di dalam syurga Firdaus. Semoga rohnya berbahagia dan mendapat rahmat di sisi-Nya.

Tindakan mendera kanak-kanak tidak patut sama sekali. Namun, jangan lupa bahawa mungkin suspek berada di dalam tekanan hidup sehingga pada ketika kejadian itu berlaku tahap pemikiran dan pertimbangan suspek kurang berkesan. Emosi yang tertekan selalunya membawa kepada perbuatan yang tidak masuk akal dalam sekelip mata. Syaitan akan mudah membisikkan kepada manusia yang berada di dalam tekanan mental.

Oleh itu, marilah kita semua menjadi insan yang sentiasa menjaga tahap kesihatan mental. Caranya mudah sekali. Solat fardhu jangan ditinggalkan. Zikir perlu sentiasa di hati. Makanan hati dan emosi adalah dengan mendengar hadir ceramah-ceramah agama di surau, madrasah atau masjid. Melawat laman blog ini juga boleh sedikit sebanyak memantapkan kesihatan emosi dan mental.

Kongsi-kongsikan dan selamat beramal.

Insya Allah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...