Wednesday 19 October 2011

Kursus Internet Marketing (Twitter, Facebook & Blogger) Bersama AADK

Alhamdulillah. 

Agensi Anti Dadah Kebangssan
Semuanya telah berjalan dengan lancar dan mengikut perancangan.

Kursus Internet Marketing - Twitter, Facebook & Blogger telahpun berlangsung dengan jayanya selama dua hari (18 & 19 Oktober) di Universiti Wawasan di Menara PGRM, Kuala Lumpur.


Kursus ini dijalankan khas untuk melatih pegawai-pegawai daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) daripada seluruh Malaysia. Seramai 28 orang pegawai AADK telah hadir dan mengikuti kursus ini yang bertujuan untuk mendedahkan teknologi dan bagaimana untuk menggunakan social media.

Saya berasa sangat gembira dapat berkongsi ilmu serta pengalaman mengenai teknologi social media dan internet marketing dengan pegawai-pegawai daripada AADK. Diharapkan segala ilmu yang telah dipelajari dapat dimanfaatkan dengan sebaik yang mungkin.

Ayahanda mengucapkan jutaan terima kasih kepada para peserta yang telah hadir dan memberikan sepenuh minat serta kesungguhan untuk mempelajari Twitter, Facebook & Blogger. Tidak lupa juga kepada pihak penganjur iaitu APT Academy (Yanie) serta Wawasan Open Universiti yang telah menyediakan tempat latihan yang baik dan selesa.

Harap kita dapat berjumpa lagi pada masa akan datang. :)

Insya Allah.  

PS: Memahami fungsi & tanggungjawab AADK untuk membasmi salah guna dadah di Malaysia merupakan satu ilmu yang sangat bernilai. Sharing is caring. Ayahanda Bersama AADK Memerangi Dadah. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...