Tuesday, 4 October 2011

Islam Itu Indah Bersama Prof. Dr. Muhaya @ IKIMfm saluran 91.5 FM

Hari Rabu pukul 10 pagi merupakan waktu yang amat dinanti-nantikan oleh ramai orang seperti saya yang ingin menjadi positif dengan cara mendengar nasihat, teguran dan pandangan daripada pakar motivasi Prof. Dr. Muhaya.

Hari ini, Prof. Dr. Muhaya memilih tajuk "Jenis-jenis manusia di dalam kehidupan".

Menurut Prof. Dr. Muhaya, terdapat dua jenis manusia - manusia import dan manusia export. Manusia import  merupakan manusia yang lebih suka menerima dan manusia export merupakan manusia yang lebih suka memberi. Prof. Dr. Muhaya menyarankan agar kita menjadi manusia export (suka memberi). 


Di antara nota yang sempat saya tulis sewaktu siaran Islam Itu Indah adalah seperti berikut:-

  1. Tempat untuk mencari kawan yang baik adalah di masjid dan di surau dan bukannya di kelab-kelab.
  2. Allah memandang hati, manusia memandang fizikal. 
  3. Penyakit kencing manis boleh menyebabkan buta. Prof. menyarankan agar kita semua kurangkan teh tarik kerana teh tarik mengandungi susu pekat manis yang amat tidak baik untuk kesihatan.
  4. Jangan hidup di "keledak sungai kehidupan".
  5. Policy-maker perlu bijak membuat polisi. Perlu peka keperluan orang yang berkaitan (put yourself on other people's shoes before making any policy).
  6. Look at big pictures
  7. Hidup dengan diri sendiri tanpa mengambil kira "apa orang akan cakap".
  8. Sewaktu berkomunikasi, sampaikan mesej dan dakwah dan bukannya bercakap tentang diri sendiri atau orang lain.
  9. Ilmu analisa 
  10. Jangan sibuk fikir tentang pendapat orang lain (ada kaitan dengan item 7 di atas)
  11. Hidup jangan tengok orang, tengok diri sendiri (usaha untuk memperbaiki diri sendiri).
Di akhir rancangan, Prof. Dr. Muhaya sempat memberikan 4 perkara supaya hidup kita lebih tenang dan menjadi manusia export:-
  1. Sentiasa mendisplin diri untuk memberi (export)
  2. Guna kebijaksanaan untuk memberi kepada orang yang berhak menerima
  3. Buat dengan kasih-sayang (love)
  4. Buat dengan redha (let it go)
Masya Allah! 

Mari kita doakan agar Prof. Dr Muhaya terus dimurahkan rezeki, hidupnya diberkati Allah S.W.T dan termasuk di dalam golongan yang "sedikit" serta mendapat syurga Allah tanpa hisab. Amiiin. Insya Allah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...