Sunday, 23 October 2011

Ulasan Buku : Pengembaraan Rasulullah S.A.W Ke Alam Ghaib - Menyaksikan Peristiwa Aneh dan Ajaib

Penulis : Jaafar Salleh
Penerbit : Al-Hidayah Publishers
Tahun : 2006 (Cetakan Kedua)
Harga : RM13.00
ISBN : 983-099-5925

Buku ini menghuraikan peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad S.A.W dan penerangan berkaitan peristiwa-peristiwa yang berlaku sewaktu Israk Mikraj. Buku ini hanya mempunyai 3 bab tetapi isi kandungannya  padat dengan dalil-dalil daripada Al-Quran dan hadis dan tidak ketinggalan penulis turut memberi beberapa contoh logik untuk menerangkan beberapa perkara.

Saya cukup tertarik dengan Bab 3 buku ini yang menyentuh bab ibadat solat. Seperti yang kita sedia maklum, perintah wajib solat diterima oleh Nabi Muhammad S.A.W secara terus daripada Allah S.W.T di langit ke-7. Penulis telahpun dengan cermat dan berhati-hati menerangkan betapa tingginya martabat solat berbanding ibadah lain. Penulis juga telah membincangkan kepentingan khusyuk di dalam solat.

Firman Allah:
"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang solatnya khusyuk." (Surah Al-Mukminun 1-2)

Kesimpulannya, buku ini amat berguna untuk menguatkan iman terhadap peristiwa Israk dan Mikraj serta untuk mempelajari kepentingan khusyuk di dalam solat. Subhanallah. 

Pesan Ayahanda: Solat yang sia-sia adalah solat yang tiada padanya khusyuk. Tiada pahala, hanya penat semata-mata. Kuasailah teknik khusyuk di dalam solat, Insya Allah dunia akan tunduk dan patuh kepada kehendak dan keinginanmu. Dengan izin Allah.  

Kongsi-kongsikan dan selamat beramal. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...