Sunday, 9 October 2011

Berkawan dengan anak. Cara mudah mendidik & membentuk peribadi anak anda.

Assalammualaikum.

Saya mengamalkan polisi untuk menjadi rakan kepada anak-anak saya. Hasilnya agak memeranjatkan kerana saya tidak menyangka ia akan berhasil maklumlah kedua-dua anak saya adalah lelaki yang mempunyai dua pusar di kepala.

Caranya adalah dengan banyak berbual dan bertanya kepada mereka. Apabila mereka berbual-bual dengan anda, pastikan anda menumpu perhatian kepada mereka. Lihat mata mereka dan senyum. Angguk tanda setuju.

Jangan lupa untuk memberi pujian dan pelukan kepada mereka selepas mereka berjaya membuat sesuatu walaupun kecil seperti mengemas beg sekolah.

Kanak-kanak memang banyak soalan dan idea. Dengar percakapan mereka dan galakkan mereka untuk memberi idea.

Dalam interaksi dengan mereka, kurangkan penggunaan "Tak boleh" dan "Jangan". Gantikan dengan "Lebih baik jika....." atau "Bagaimana kalau....".

Saya juga telah mengajar anak-anak saya untuk menggunakan kuasa minda separa sedar (subconscious mind power).

Bekalan yang terbaik untuk akhirat adalah anak-anak yang soleh.

4 comments:

  1. bagus la cara ayahanda ajar anak-anak. hee

    ReplyDelete
  2. Teknik dan kaedah yang terbaik adalah dengan memuliakan kanak-kanak.

    Jangan lupa menghargai dunia mereka dan mereka pasti akan suka bersama kita.

    Insya Allah

    ReplyDelete
  3. "Saya juga telah mengajar anak-anak saya untuk menggunakan kuasa minda separa sedar (subconscious mind power)."

    Boleh terangkan caranya? X berapa paham...tq

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...