Nota-nota kehidupan seorang Ayah di akhir zaman dalam usaha mencari redha Allah.
Sunday, 16 October 2011
Cara TERMUDAH Untuk Meluangkan Masa Dengan Anak Anda
Assalammualaikum,
Hari ini saya telah menjumpai satu cara yang amat mudah dan seronok untuk meluangkan masa dengan anak-anak saya. Ingin tahu?
Cara tersebut adalah dengan bermain catur (chess) dengan mereka! Ya, sungguh seronok sebenarnya bermain catur dengan anak-anak. Di samping dapat meluangkan masa bersama mereka (dari 15 hingga 90 minit sehari), kita juga dapat melihat bagaimana kanak-kanak sebenarnya cepat belajar dan penuh minat mempelajari perkara baru.
Ajar mereka peraturan-peraturan permainan catur dan terangkan strategi bagaimana untuk menyerang atau membuat benteng pertahanan. Hasilnya, selepas 3 permainan, anak-anak saya mampu mengatakan "Check" kepada saya.
Tumpukan perhatian kepada permainan catur tersebut dan tunjukkan minat anda bermain catur dengan mereka. Mainlah dengan ikhlas dan mereka pasti merasainya dan tidak sabar untuk bermain catur dengan anda lagi.
Sungguh mudah, bukan?
Dengan memberikan masa berkualiti bersama-sama mereka, Insya Allah kita akan dapat keredhaan Allah.
Tips daripada Ayahanda : Berilah peluang kepada anak-anak untuk memakan "askar-askar" anda untuk meningkatkan "self-confidence" anak-anak. Sekali-sekala biarkan mereka membuat "check-mate" ke atas anda. Seharian mereka akan bercerita tentang bagaimana mereka berjaya makan "King" Ayahanda!
Hidup Ini Indah. Alhamdullilah.
Kongsi-kongsikan dan selamat beramal!
Labels:
catur,
chess,
tips ayahanda
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment